fbpx
DILAWAR didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mencuri minyak petrol motosikal di sebuah pangsapuri di Forest City, Gelang Patah, Iskandar Puteri, 11 Ogos lalu.-Foto BAZLAN IBRAHIM

Lelaki Pakistan curi minyak petrol motosikal didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri petrol daripada motosikal di sebuah pangsapuri di Forest City, Iskandar Puteri dua minggu lalu.

Tertuduh, Dilawar Khan, 38, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan niat curang melakukan curi minyak petrol sebanyak dua botol 2.5 liter daripada motosikal milik seorang lelaki kira-kira 7.30 pagi di tempat letak kereta dekat Forest City, 11 Ogos lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman manakala tidak mewakili peguam.

Pihak pendakwaan mencadangkan kepada mahkamah supaya tertuduh dijamin sebanyak RM10,000, namun tertuduh memohon jumlah jaminan yang minima dikenakan terhadapnya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin warga tempatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN