fbpx
SEBAHAGIAN penduduk daerah Segamat dikejutkan dengan gempa bumi lemah susulan yang ketiga pagi ini selepas 72 jam gegaran pertama pada Ahad lalu

[VIDEO] ‘Gempa lagi bunyi macam guruh, atap bergegar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Sebahagian penduduk Segamat dikejutkan dengan gegaran gempa bumi lemah kali ketiga pagi ini selepas gegaran pertama berlaku pada Ahad lalu.

Menurut seorang penduduk, Shahana Suanda, 27, dia merasai gegaran itu kira-kira pukul 9.06 pagi ini ketika berada di rumah.

“Saya berada dalam bilik air, manakala ibu pula di luar rumah. Tiba-tiba terasa ada gegaran dan dentuman, tetapi bunyinya agak jauh berbanding gegaran kali pertama pada Ahad lalu.

“Kami terkejut tetapi gegaran kali ini tidak lama hanya dua tiga saat sahaja. Saya segera mendapatkan ibu yang berada bersama anak di luar rumah bagi memastikan mereka selamat,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu 5, Buloh Kasap hari ini.

Seorang lagi penduduk, Rahidah Zakariah, 38, berkata, dia berdepan pengalaman serupa pagi tadi semasa berada di kediamannya di Kampung Kadut.

“Semasa kejadian, saya sedang masak di dapur seorang diri. Tiba-tiba ada bunyi seperti guruh dan atap rumah bergegar,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI