fbpx
Jeffrey Gan (dua dari kanan) pada majlis pelancaran BYD Seal kelmarin.

BYD cadang buka kilang CKD di Tanjung Malim, lancar BYD Seal baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERI KEMBANGAN – BYD Sime Motors merancang untuk membangunkan kilang pemasangan tempatan (CKD) di Tanjung Malim, Perak dan  melancarkan BYD Seal baharu sebagai langkah strategik menjadikan mobiliti elektrik lebih berdaya saing.

Pelaburan untuk kilang yang akan mula beroperasi tahun depan itu menandakan strategi jangka panjang BYD untuk mengukuhkan kedudukannya di negara ini dan meningkatkan bekalan kenderaan elektrik (EV) kepada pelanggan tempatan.

Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xueliang berkata, Malaysia kekal sebagai antara pasaran paling penting syarikat itu di Asia Tenggara.

“Dengan sokongan Sime Motors, kami yakin dapat mengukuhkan kedudukan BYD di Malaysia dan membawa teknologi EV bertaraf dunia lebih dekat kepada pelanggan,” katanya pada Majlis Pengumuman Inovasi Terkini BYD di sini kelmarin.

Xueliang berkata, komitmen berkenaan bukan sekadar membekalkan produk inovatif tetapi turut membabitkan pelaburan dalam ekosistem EV negara.

“Ini termasuk pemasangan tempatan (CKD), pembangunan bakat dan keupayaan pengangkutan elektrik,” katanya.

Sedan elektrik BYD Seal baharu yang dilancarkan hadir dalam dua varian iaitu Premium dan Performance.

Selain itu, Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan berkata, pelancaran model baharu itu meneruskan kejayaan BYD Seal yang menjadi sedan elektrik paling laris di Malaysia pada 2024.

“Digabungkan dengan rancangan pengeluaran CKD, langkah ini mengukuhkan kedudukan kami sebagai jenama BEV nombor satu di Malaysia,” katanya.

Harga BYD Seal baharu varian Premium bermula RM171,800 manakala varian Performance RM191,800. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI