fbpx
ENAM pelajar mati lemas di Pantai Abu Talat, Iskandariah. - Foto Google Maps

6 pelajar lemas, 21 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAHERAH – Enam pelajar disahkan meninggal dunia dengan 21 yang lain dibawa ke hospital, manakala tiga orang menerima rawatan di sebuah pantai di Mesir, lapor portal berita Metro.co.uk.

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian di Pantai Abu Talat, bandar Iskandariah  untuk menyelamatkan kumpulan pelajar tersebut semalam.

Ketika kejadian, bendera amaran merah dikibarkan berikutan ombak besar dan arus kuat.

Pantai itu kini ditutup dengan Kementerian Kesihatan Mesir menggesa orang awam supaya mematuhi garis panduan keselamatan di pantai.

Menteri Kesihatan dan Penduduk, Khaled Abdel Ghaffa berkata, semua rawatan kecemasan disediakan untuk mangsa-mangsa tersebut.

Satu siasatan turut dibuka bagi mengenal pasti sama ada langkah keselamatan yang sewajarnya telah diambil. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI