ROMPIN – Seorang pekerja ladang tersepit selepas jentolak jenis JCB yang dikendalikan terbabas ke dalam gaung di sebuah ladang sawit di Muadzam Shah, di sini, tengah hari tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.38 tengah hari.
“Lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah dikejarkan ke lokasi dan tiba pada pukul 1.07 tengah hari.
“Sebaik tiba, kami dimaklumkan mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam, namun pihak bomba melakukan operasi menaikkan pekerja itu dari gaung sebelum dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE