fbpx
Thaksin meninggalkan Mahkamah Jenayah di Bangkok hari ini. - AFP

Thaksin bebas tuduhan hina Raja Thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dibebaskan daripada pertuduhan memfitnah institusi diraja sekali gus memberi ‘kelegaan’ kepada ancaman terhadap dinasti politiknya yang telah mendominasi negara itu selama dua dekad.

Bekas pemimpin berusia 76 tahun itu berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun, namun sebuah mahkamah Bangkok sebentar tadi mendapati bahawa beliau tidak bersalah.

Thaksin sebelum ini didakwa kerana melanggar undang-undang kerajaan yang ketat, yang melarang kritikan terhadap Raja Maha Vajiralongkorn dan seluruh keluarga diraja.

“Mahkamah menolak pertuduhan terhadap Thaksin dengan memutuskan bahawa bukti yang dikemukakan tidak mencukupi,” kata peguamnya, Winyat Chatmontree kepada pemberita.

Thaksin meninggalkan mahkamah di hadapan peguamnya sambil tersenyum dan memberitahu pemberita bahawa kes itu ditolak, tanpa membuat sebarang komen lanjut.

Meskipun menerima berita baik itu, dinasti politik Thaksin masih goyah apabila anak perempuannya selaku Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra menghadapi satu lagi kes mahkamah.

Paetongtarn berdepan keputusan mahkamah pada minggu depan yang mungkin menyebabkan beliau dipecat daripada jawatan tersebut.

Kes penghinaan diraja Thaksin berpunca daripada kenyataan sedekad lalu yang dibuatnya di media Korea Selatan. Ia berkaitan rampasan kuasa tentera pada tahun 2014 yang menggulingkan adiknya, Yingluck. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN