fbpx
Lim Poh Yit (dua dari kiri) dan Pengarah Mines Heights, Datuk Ganesan A/L Subramaniam pada majlis pemeteraian perjanjian di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Titijaya, Mines Heights bangunkan projek di Cheras dengan GDV RM554.30 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Titijaya Land Berhad (Titijaya) melalui anak  syarikat milik penuhnya, Titijaya Development (Pulau Pinang) Sdn. Bhd. (Titijaya Development), telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Mines Heights Development Sdn. Bhd (Mines Heights), pemilik sebidang
tanah seluas 1.2 hektar di Taman Connaught, Cheras.

Ini adalah untuk pembangunan bercampur berorientasikan transit (ToD) dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM554.30 juta.

Di bawah terma perjanjian, Titijaya Development akan membangunkan tanah tersebut menjadi sebuah projek pembangunan bercampur mengikut kelulusan pembangunan dan pelan yang telah diluluskan, termasuk sebarang perubahan selepasnya yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya, Datuk Lim Poh Yit berkata, pihaknya teruja untuk memulakan projek usaha sama itu dengan Mines Heights bagi sebuah pembangunan berorientasikan transit di Taman Connaught, lokasi
yang sangat dicari-cari dan salah satu perbandaran paling meriah di Kuala Lumpur.

“Lokasi projek yang berdekatan dengan stesen MRT Taman Connaught menyediakan ketersambungan yang lancar ke seluruh Kuala Lumpur, manakala kemudahan di sekelilingnya, termasuk pusat beli-belah, kedai, pejabat dan Universiti UCSI, akan meningkatkan lagi daya tarikannya kepada penduduk dan perniagaan,” katanya dalam kenyataan.

Poh Yit menerangkan, syarikat akan terus melihat peningkatan permintaan untuk projek ToD yang terletak di lokasi strategik di seluruh Lembah Klang, terutamanya dalam kalangan pekerja bandar dan graduan baharu.

“Selain menepati kekuatan kami dalam pembangunan gaya hidup bandar, projek ToD juga lazimnya memberikan produktiviti yang lebih tinggi dan jejak karbon yang lebih rendah, selaras dengan komitmen kami terhadap ESG dalam pembangunan hartanah.

“Projek ini dibangunkan berasaskan kepakaran terbukti kami dalam pembangunan Riveria City, projek utama bersepadu ToD kami di KL Sentral,” jelasnya.

Fasa pertama  projek Riveria City  iaitu  The Riv  telah siap tahun lalu dan terjual sepenuhnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI