fbpx
Tangkap layar kejadian.

[VIDEO] Cari meter elektrik macam masuk Jurassic Park

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terpaksa meredah semak-samun tebal semata-mata untuk mencari meter elektrik.

Itu yang terpaksa dilalui seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika ingin memeriksa meter elektrik sebuah rumah usang.

Menerusi perkongsian video di TikTok Rider KILOWATT, memaparkan kejadian tersebut dipercayai di sekitar Kuala Lumpur.

Difahamkan, rumah tersebut milik seorang warga emas, namun kediaman itu tidak dapat disewakan kepada mana-mana pihak untuk dihuni oleh kerana keadaannya yang usang.

Sehubungan itu, rata-rata meluahkan rasa terkejut melihat keadaan rumah berkenaan.

“Siapa nak rumah murah dalam Kuala Lumpur, bolehlah datang sini,” tulis seorang pengguna.

“Laluan dia macam nak masuk dalam Jurassic Park,” seloroh Marc.

“Misteri betul nak cari meter, sabar ya bang. Nama pun kerja,” ujar Yatimah. – KOSMO! ONLINE

@riderkilowatt Sapa nak sewa rumah murah dalam kl..cepat2 pm..Demi sebiji meter..🤣🤣 #meterreader #abgapi #riderkilowatt #tnb #fyp ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI