BERDEPAN penyakit Lyme iaitu serangan yang melemahkan penghidap, penyanyi Justin Timberlake, 44, akhirnya membuka mulut mendedahkan punca persembahannya kebelakangan ini dikecam kurang bermaya.
“Ini pengalaman paling emosional, dan melelahkan. Saya didiagnosis mengidap penyakit Lyme.
“Bukan meraih simpati, tapi untuk pertama kali didiagnos, saya terkejut tapi akhirnya saya tahu punca sakit saraf setiap kali naik pentas,” ujarnya.
Lyme sejenis jangkitan bakteria akibat gigitan kutu yang hidup di hutan Amerika Utara dan Eropah. Ia biasanya menyerang sistem imun menyebabkan mangsa mudah letih.