PETALING JAYA – Dua lelaki kekal fokus bermain dam aji biarpun keadaan hujan lebat berserta ribut petir sekali gus mengundang gelak ketawa dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi video tular di media sosial, kelihatan dua lelaki tersebut yang mana seorang sedang duduk dan seorang lagi berdiri, fokus bermain dam aji dalam cuaca buruk itu pada waktu malam.
Gelagat dua lelaki tersebut bukan sahaja mengundang gelak ketawa orang lain yang berada di tempat tersebut, bahkan pengguna media sosial.
“Level bentara guru tengah bertarung memang guna tenaga batin. Tu yang ribut mai tu,” kata pengguna Facebook Omar Escobar.
“Bini call pun laki ni tak hairan dah. Cuba anak perempuan call. Terus balik,” komen Puteri Tujuh Puteri Bongsu.
“Ini orang kata, biar berdentum guruh di langit, bumi tak hancur sebelum kiamat,” komen Awang La. – KOSMO! ONLINE