fbpx
SUV jenis Toyota yang dilarikan kumpulan penjenayah sebelum terlibat kemalangan di Kepala Batas, Jitra hari ini.

‘Penyamun mengadu pening, minta air’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – “Saya ingat tiga lelaki lari sebab takut kereta meletup selepas terlibat kemalangan kerana nampak ada tompokan minyak, rupa-rupanya penyamun.”

Demikian kata peniaga, Mohd Shaiful Hafiq Mohd Hadir, 33, yang menyaksikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota melanggar Perodua Myvi di hadapan kedai makan dekat Klinik Kesihatan Kepala Batas, di sini petang tadi.

Katanya, dia terkejut apabila mendengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat tiga lelaki meluru keluar dari SUV tersebut.

“Saya kemudian terdengar suara meminta tolong dari dalam kenderaan tersebut dan mendapati ada wanita warga emas berusia lingkungan 70-an di tempat duduk hadapan.

“Dia kata tolong saya, mereka rompak saya. Bila saya dapat tahu mereka sebenarnya penjenayah, saya dan orang ramai terus mengejar suspek dan berjaya menahan seorang daripada mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Seorang lagi peniaga, Tarmizi Che Ismail, 29, berkata, dia dengan bantuan orang ramai berjaya menangkap suspek yang berusia lingkungan 20-an itu sejauh kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

“Dia ada beritahu pening dan seperti mahu pengsan sebelum meminta air minuman. Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, wanita warga emas dibawa keluar dari SUV dan ditempatkan di kedai makannya buat sementara.

“Dia kelihatan takut dan menggeletar serta mengadu sakit bahagian pinggang. Wanita warga emas itu beritahu dia tidak boleh berjalan kerana menggunakan kerusi roda.

“Dia juga ada cerita bahawa penjenayah tolak keluar suaminya sebelum melarikan kenderaan di kawasan Pejabat Tabung Haji dekat sebuah hotel di Titi Gajah, Alor Setar sehingga terlibat kemalangan di situ,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI