fbpx
Haim Hilman

Bukit Aman sahkan Haim Hilman didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan kewujudan kemasukan pelajar ke universiti awam (UA) tanpa melalui saluran Unit Pusat Universiti (UPU).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar dalam satu kenyataan memaklumkan, pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Menurut beliau sebanyak 15 laporan polis diterima berhubung kenyataan yang dibuat tertuduh dalam satu program di Seremban, Negeri Sembilan pada 13 Jun lalu.

“Kesalahan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, bagi pertuduhan hari ini Haim Hilman diwakili peguam Mohd. Faizi Che Abu dan Yahaya Othman.

Katanya, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan menetapkan 30 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam pada itu, M. Kumar menasihatkan orang ramai supaya menghormati proses perundangan yang sedang berjalan serta tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh menjejaskan prosiding mahkamah.

“Orang ramai juga diingatkan supaya menggunakan platform media sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Terdahulu, Haim Hilman ketika berucap dalam Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya Negeri Sembilan di Seremban pada 13 Jun lalu mendakwa wujud kemasukan pelajar ke universiti awam melalui saluran terbuka atau ‘pintu belakang’, iaitu tanpa melalui UPU.

Kenyataan itu mendorong KPT meneliti tindakan undang-undang, selain mencetuskan pelbagai reaksi.

Haim Hilman bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dengan menyatakan isu yang dibangkitkan bukan bertujuan menyerang universiti awam, sebaliknya menyentuh soal ketelusan dan keadilan akses pendidikan tinggi, khususnya melibatkan pelajar daripada keluarga B40 dan M40. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN