fbpx
Gambar hiasan. JANAAN AI.

Ramai mengadu berpeluh tidur malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cuaca panas yang melanda beberapa kawasan sejak kebelakangan ini menyebabkan ramai mengadu tidak selesa sehingga berpeluh ketika tidur malam tadi meskipun sudah memasang penyaman udara pada suhu sekitar 18 hingga 22 darjah Celsius.

Tinjauan di media sosial mendapati orang ramai berkongsi pengalaman masing-masing apabila keadaan cuaca dirasakan lebih bahang berbanding kebiasaan terutama pada waktu malam.

Seorang pengguna di platform X berkata, dia terpaksa mandi beberapa kali kerana masih terasa panas walaupun penyaman udara dipasang pada suhu rendah.

“Aircond (penyaman udara) dah pasang 16 darjah Celsius pun masih rasa panas dan berpeluh. Memang lain macam cuaca malam tadi. Ada geng Selangor rasa sama?,” katanya.

Seorang lagi pengguna di Threads, Amerr sempat memetik Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantarannya dan meminta penjelasan mengenai perkembangan status cuaca panas di negara ini.

“Jabatan Meteorologi boleh tak sahkan berapa suhu sebenar malam ni (tadi)? Sebab bahangnya nauzubillah min zalik,” katanya.

Bagi Asyikin pula, dia mendakwa kipas dan penyaman udara yang dipasang seolah-olah tidak memberi kesan akibat suhu persekitaran yang terlalu panas sekitar Ampang.

“Tidur tak lena sebab bahang. Bangun pagi terus rasa letih. Siang macam okey lagi, malam tu lain macam panas. Perubahan monsun apa ya kali ni?,” ujarnya.

“Betul wei. Angin langsung tak ada malam tadi. Lepak minum mamak sekitar pukul 10.30 malam pun berkicap ketiak. Aku stay (tinggal) Kuala (Kuala Kangsar),” kongsi Fazlie.

Dalam pada itu, seorang individu yang mendakwa sebagai kakitangan MetMalaysia turut berkongsi cara orang ramai boleh menyemak bacaan suhu sebenar di stesen meteorologi berhampiran.

Menurutnya, pengguna hanya perlu melayari laman sesawang MetMalaysia sebelum memilih menu ‘Pencerapan’, diikuti ‘Permukaan’ dan ‘Suhu’ bagi melihat bacaan sensor di lokasi tertentu.

“Kalau tak ada tempat itu maksudnya tiada sensor dipasang di kawasan tersebut, jadi boleh ambil bacaan di lokasi paling dekat,” katanya menerusi ruangan komen di Threads.

Terdahulu, MetMalaysia memaklumkan tiga kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga) setakat pukul 6 pagi tadi.

Kawasan terlibat ialah Machang di Kelantan selain Kuala Kangsar dan Kampar di Perak.

Tahap berjaga-jaga ditakrifkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN