fbpx
SKUAD B-20 wanita negara memulakan aksi kelayakan Piala Asia dengan langkah kiri apabila kecundang berdepan Palestin kelmarin.

Skuad B-20 harapkan keajaiban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI skuad wanita bawah 20 (B-20) kebangsaan, Cameron Ng percaya bola sepak sentiasa menyajikan sesuatu yang luar jangka dan yakin anak-anak buahnya mampu menghadirkan keputusan membanggakan.

Walaupun akur memulakan aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2026 dengan kekalahan 0-3 kepada Iran di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, kelmarin, Ng percaya para pemainnya dapat belajar sesuatu.

“Sudah tentu ini adalah perjuangan yang sukar, tetapi bola sepak boleh berlaku perkara luar jangka dan semua itu kita tidak tahu. Sebab itu kami sukakan bola sepak, adakalanya keajaiban boleh berlaku.

“Sudah pasti kami akan terus berjuang dan mencuba, malah saya akan terus berharap sehingga secara matematiknya kami tidak lagi mampu. Namun, kita juga perlu realistik melihat di mana tahap kita sebenarnya,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Maryam Dini muncul wira Iran apabila meledak dua gol diikuti satu lagi jaringan daripada Asal Ghajarian.

Satu perkara positif yang membanggakan Ng adalah melihat kemahuan anak buahnya hingga berjaya mencipta banyak peluang walaupun menentang Iran selaku pasukan di ranking ke-68 dunia.

Hari ini skuad muda negara akan meneruskan aksi bertemu pasukan nombor satu Asia, Jepun sebelum melengkapkan cabaran Kumpulan F menentang Guam, Ahad ini.

“Saya tidak gembira dengan keputusan, namun dari segi prestasi, usaha dan apa yang pemain berikan, saya tidak boleh salahkan mereka. Aksi dengan Jepun adalah berbeza dengan Iran dan saya harap pemain mampu dapat peluang lagi mengikut perancangan pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN