Nick menganggap isterinya seorang yang baik, cuma tidak menitikberatkan kebersihan diri apabila tidak pernah sekalipun mencukur bulu kemaluan sepanjang mereka berkahwin.– Janaan AI

Cerai isteri pengotor, yang tidak pernah …

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERPISAH angkara pasangan tidak pernah cukur bulu kemaluan.

Mungkin itu agak kelakar atau pelik didengari, tetapi menjadi episod hitam bagi Nick (bukan nama sebenar) apabila itulah penyebab dia bercerai dengan isterinya satu masa lalu.

Langsung tidak pernah membuka cerita dengan mana-mana pihak, anak kelahiran Jerteh, Terengganu itu pertama kali berkongsi bersama K-Wanita baru-baru ini.

Menurut Nick, punca utama dia menceraikan bekas isterinya itu kerana disebabkan faktor kebersihan yang langsung tidak dititikberatkan wanita itu.

“Bekas isteri saya seorang yang sangat baik dan menurut perintah serta arahan suami.

“Pun begitu, ada satu masalah yang membuatkan saya kurang berkenan dan tidak suka dengan isteri iaitu sikap pengotor dan tidak pandai jaga kebersihan,” katanya.

Meneruskan perkongsian, Nick, 45, memberitahu, sejak dinikahkan dan bersama, isterinya itu tidak pernah sekali pun mencukur bulu kemaluan meskipun beberapa kali diminta.

Jelas eksekutif kewangan itu, dia pada awalnya berasa pelik kerana sikap isterinya itu yang tidak pernah mencukur bagi tujuan kebersihan.

“Ada beberapa kali saya tanya isteri dan minta dia berbuat demikian (cukur bulu kemaluan), tetapi dia langsung tak pernah endahkan perkara tersebut.

“Isteri bilang dia sudah cukup selesa dan tidak perlu untuk mencukurnya. Dia tidak rasa ia satu perkara yang kotor apatah lagi menjijikkan.

“Isteri juga ada beritahu dia begitu sayang nak mencukur bulu yang ada di tubuhnya itu dan sebab itu dia enggan melakukannya,” katanya.

Beritahu Nick, lima tahun bersama sebagai pasangan sah, isterinya itu langsung tidak pernah sekali pun mencukur bulu kemaluannya dan hal itu jugalah menyebabkan dia mula ‘mual’ dan jauh daripada wanita itu.

Akui anak bongsu daripada lima beradik itu, dia bukan tidak pernah menasihati isterinya itu, tetapi arahan dan kata-katanya itu ibarat bagai mencurah air ke daun keladi.

“Saya ada duduk bertanya dan berbincang dengan isteri mengenai hal itu, tetapi isteri beritahu dia tak nampak itu sebagai satu masalah.

“Dia tidak suka saya cakap benda sama dan minta dia lakukan perkara sama berulang kali.

“Disebabkan itu jugalah saya mula jauhkan diri sedikit demi sedikit daripadanya.

“Saya rasa disebabkan itu isteri langsung tidak peka bab kebersihan dan tidak menghormati saya sebagai suami,” katanya.

Lima tahun berlalu dan setelah berfikir masak-masak sementelah nasihat dan segala arahan langsung tidak dihiraukan, Nick akhirnya membuat keputusan untuk melepaskan isterinya.

Sebelumnya, dia ada beberapa kali memberitahu isterinya itu mengenai hasratnya untuk bercerai, tetapi langsung tidak diendahkan.

Setelah melalui proses di mahkamah, Nick akhirnya berpisah dengan isterinya dan hak penjagaan anak-anak diserahkan sepenuhnya kepadanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN