Apakah yang boleh dilakukan oleh suami atau isteri yang tersedar mereka dalam hubungan cold violence?
Pertama sekali, seseorang individu perlu tahu bahawa cold violence adalah termasuk dalam kategori keganasan psikologi dan emosi.
Jadi, adalah tidak wajar dilakukan dalam rumah tangga.
Hatta dalam Islam, cold violence termasuk nusyuz, tidak boleh dilakukan dalam hubungan suami isteri.
Bila sedar wujudnya keadaan ini, suami atau isteri mesti dapatkan bantuan. Tidak perlu tunggu berbulan.
Hakikatnya, tiga hari tiada perbualan atau bertegur sapa pun dah termasuk cold violence. Maka cepat-cepatlah dapatkan bantuan.

HUBUNGAN suami isteri renggang disebabkan masing-masing tidak mahu mengaku kesilapan sendiri dan hanya mendiamkan diri. – GAMBAR HIASAN
Mengapakah komunikasi itu sangat penting dalam hubungan suami isteri?
Perkahwinan hanya wujud bila ada pasangan suami dan isteri.
Suami dan isteri ini pula berasal daripada dua individu yang berbeza latar belakang. Bermula daripada perkenalan kemudian timbulnya perasaan kasih dan sayang yang dinoktahkan dengan perkahwinan.
Untuk mencapai kebahagiaan dalam hubungan suami isteri, mereka perlu berusaha untuk lebih saling mengenali dalam meniti hari-hari bahagia.
Tidak mungkin akan hadir kebahagiaan jika ada pihak yang membuat hal sendiri dan tidak mempedulikan pihak satu lagi.















