fbpx
Mohd. Azuan menunjukkan ternakan ayam kampung kacuk ketika ditemui di Kampung Parit Sikom Dalam, Pontian.

Ayam Pulau Pinang ‘berbakti’ di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Koperasi Agrotani Sdn. Bhd. yang mengusahakan ternakan ayam kampung kacuk di Kampung Parit Sikom Dalam, di sini, mampu meraih pulangan RM20,000 semusim.

Meskipun pernah mengalami kerugian mencecah RM60,000 aki­bat bencana alam, ujian itu ti­dak mematahkan semangat ahlinya sebaliknya meningkatkan motivasi untuk bangkit berdepan cabaran dalam dunia penternakan.

Pengurusnya, Mohd. Azuan Kosnin berkata, pihaknya telah mengusahakan penternakan ayam kampung kacuk itu sejak 15 tahun lalu.

“Agrotani Sdn. Bhd. mengusahakan tiga reban ayam dengan menempatkan 3,500 ekor ayam dalam satu musim.

“Anak ayam kami beli dari pem­bekal di Pulau Pinang de­ngan harga RM3.20 seekor dan proses menternak akan me­ngambil masa selama 60 hari untuk dituai.

“Dari segi kos nak buat reban pula makan modal lebih kurang RM50,000 untuk satu reban termasuk kos peralatan, makanan serta minuman ternakan.

“Apabila sudah besar, kami pasarkan hasil ternakan kepada peraih sekitar Johor Bahru dan Batu Pahat dengan harga RM11 sekilogram.

“Untuk satu musim selepas tolak modal, untung bersih kami akan dapat dalam RM20,000,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mohd. Azuan berkata, selain ayam segar, koperasi juga menjual tahi ayam dengan harga RM4 bagi satu guni untuk tujuan aktiviti pertanian sebagai baja organik.

“Sekiranya mempunyai kewangan yang besar, koperasi bercadang untuk membuka tiga buah lagi reban pada masa depan dalam usaha memberikan pe­luang pekerjaan kepada belia tempatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN