SAAT melangkah masuk ke Studio Media Mulia untuk penggambaran penghias muka depan sisipan HibGlam ini, semua mata tertumpu kepadanya. Kepenatan turun dari Genting Highlands atas urusan kerja tidak menghalang Sandra Lim ceria dan bersemangat. Auranya begitu luar biasa. Tinggi lampai, berkulit putih mulus dengan senyuman menawan menguntum di bibir, tidak hairanlah jika Sandra atau nama lengkapnya Sandra Lim Shue Hui, 25, berjaya memikat barisan juri di pertandingan Miss Universe 2024 di Mexico, November tahun lalu. Tersenarai dalam kelompok 30 teratas…