fbpx
Penduduk yang tinggal berdekatan kawasan perkuburan mendakwa mereka sering diganggu pelbagai perkara misteri kebelakangan ini. - Istimewa

Penduduk berhampiran kubur resah kerap diganggu kejadian mistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Sidoarjo, wilayah Jawa Timur gempar apabila pelbagai kejadian misteri berlaku di lokasi berdekatan tanah perkuburan dalam beberapa hari kebelakangan ini, lapor laman berita Detik semalam.

Menurut sebilangan penduduk, mereka percaya bahawa kejadian-kejadian itu mula berlaku selepas pengebumian jenazah seorang penduduk.

Seorang penduduk bernama Iril Rahma berkata, suaminya sering diganggu kejadian misteri sejak jenazah tersebut dikebumikan.

“Sejak tiga hari, suami saya sering mendengar suara berbisik setiap malam bermula pukul 12 tengah malam sampai 2 pagi. 

“Suami saya turut terjaga beberapa kali dan mencari sumber suara, tetapi tidak bertemu dengannya,” kata Iril yang tinggal berdekatan kawasan perkuburan.

Seorang penggali kubur setempat, Samikan turut mengaku mendengar cerita serupa daripada penduduk lain.

“Ada yang mendakwa pintu rumah diketuk waktu malam, malah ada peniaga melihat penampakan pocong sekitar pukul 3 pagi,” katanya.

Sementara itu, penjaga kawasan perkuburan tersebut, Jainul menolak semua dakwaan tersebut serta berkata bahawa ia hanya khabar angin yang tidak disahkan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI