PETALING JAYA – Gelagat seorang bapa memujuk anak perempuan kecilnya yang sedang merajuk mencuit hati ramai pengguna media sosial.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok milik pengguna @__.4pollo, kelihatan lelaki itu memeluk anak perempuannya dari belakang sambil memujuk dengan nada lembut, seolah-olah sedang menghadapi ‘drama besar’.
“Hadap isteri merajuk itu gimik saja,” tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan situasi berkenaan selain turut berkongsi pengalaman masing-masing.
“Semua anak perempuan macam ni kot. Anak saya kalau dia merajuk, bapa dia sampai tak lena tidur fikir apa salah dia,” kata Hizwani Hidayu.
“Oh jadi maksudnya selama ni kalau bini merajuk tu hanyalah ‘training’ (latihan) untuk memujuk anak perempuan nanti,” komen Neal Hikaru berseloroh.
“Ala, time kita (perempuan) merajuk tak nak pula dia (lelaki) pujuk ‘sweet-sweet’ macam tu. Dah lah tak nak kahwin,” seloroh pengguna lain. – KOSMO! ONLINE