fbpx
Anwar berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga JPM bagi Bulan Julai 2025 di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

Anwar beri amaran tidak cabar prinsip Perlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tegas agar sebarang cubaan mencabar prinsip Perlembagaan termasuk usaha menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak sah adalah melanggar undang-undang dan tidak akan dikompromi.

Perdana Menteri berkata, walaupun kerajaan terbuka kepada kritikan, namun beliau tidak akan berdiam diri jika kestabilan negara digugat.

“Ada yang kata hendak suruh saya turun. Saya dengar isu ada ribuan peserta (perhimpunan). Polis beri laporan, saya kata jalan. Tidak maksud hendak halang,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini tadi.

Sementara itu, Anwar turur membidas kenyataan provokatif kononnya kerajaan akan dipaksa untuk bertukar tanpa melalui pilihan raya.

“Apabila dia sebut nak paksa kerajaan bertukar, tidak mahu tunggu pilihan raya, itu sudah aneh.

“Saya kata tidak mengapalah. Saya beritahu Speaker, kalau ada usul undi tidak percaya hari pertama (sidang Dewan Rakyat ) Parlimen, saya tunggu,” katanya.

Anwar berkata, sekiranya pihak pembangkang mempunyai sokongan majoriti, mereka boleh kemukakan usul undi tidak percaya.

“Tapi dia tahu tidak boleh. Insya-Allah, kita bertahan dengan sokongan kuat, dua pertiga majoriti. Kita tunggu pilihan raya.

“Mereka tidak mahu, mereka nak turunkan sekarang. Ini sudah langgar prinsip Perlembagaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI