fbpx
Muhammad Aris bersama bapa Allahyarham Nurly di Besut semalam.

[VIDEO] Wartawan Perancis dedah pengalaman di pusara Nurly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang wartawan sebuah stesen televisyen di Perancis berazam untuk lebih mendekatkan diri dengan agama Islam selepas menziarahi ke­luarga Allahyarham Nurly Sahirah Azman di Kampung Gong Pasir, di sini kelmarin.

Bapanya, Azman Mohamed, 63, berkata, lelaki dikenali sebagai Muhammad Aris itu membe­ritahu, hatinya tersentuh apabila menziarahi pusara dan menatap naskah al-Quran tulisan tangan Nurly.

“Dia (Muhammad Aris) yang berkunjung ke rumah kami bersama adik perempuannya, Fatimah memberitahu kisah anak saya (Nurly) menguatkan lagi keazamannya mahu khatam al-Quran.

“Mereka juga memberitahu terhidu bau haruman sewaktu menziarahi kubur Nurly. Sejujurnya saya sekeluarga belum pernah berkesempatan menikmati bau yang dikatakan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Terdahulu video berdurasi dua minit empat saat memaparkan Muhammad Aris yang dite­mani Fatimah menziarahi rumah Nurly tular di media sosial.

Azman berkata, dia seke­luarga bersyukur dan terharu sekiranya kunjungan menziarahi keluarga mereka dan pusara ­Nurly menjadi asbab pihak tertentu mendapat hidayah untuk lebih mendekati Allah.

Pesara itu berkata, dia dan ahli keluarganya juga berbesar hati menerima kunjungan ramai di rumahnya termasuk Muhammad Airis dan Fatimah yang masih berterusan sejak kematian Nurly pada 9 Jun lalu.

Sementara itu, Muhammad Aris berkata, dia yang menetap di Perancis memang tergerak hati untuk menziarahi pusara Nurly sebaik terbaca kisah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas bas di Gerik, Perak tersebut.

“Alhamdulillah peluang tiba apabila saya melawat adik (Fatimah) yang menetap di Kuala Lumpur. Kami pulang ke kampung halaman di Pulau Duyung, Kuala Terengganu sebelum ke rumah Nurly.

“Syukur, saya rasai pengalaman yang luar biasa sebaik tiba di rumahnya. Ia membuatkan saya semakin kenal Islam dan mahu mendekatkan diri dengan Allah,” katanya.

Muhammad Aris berkata, dia berazam untuk khatam al-Quran sebaik pulang ke Perancis tidak lama lagi.

Katanya, dia belum pernah berjaya menamatkan bacaan al-Quran dan kisah Nurly menguatkan lagi keazamannya menjadi Muslim yang lebih baik.

@_.eeiqwan Saya boleh buktikan bahawa itu memang berlaku,” ujar wartawan dari Paris itu, selepas hadir ke rumah Almarhumah Nurly Sahirah Binti Azman dan berkongsi pengalaman beliau yang menyentuh hati. #nurlysahirah #upsi #foryourpage #30juz #RezekiAllahSWT #alfatihah #alhamdulillah #france🇫🇷 ♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI