fbpx
PARA pemain negara perlu ‘menyimpan’ rasa hormat dan takut menjelang pertemuan menentang Indonesia dalam misi hidup mati dalam saingan Piala Asean kali ini. - FB MALAYSIA NT

Gelora Bung Karno tidak terlalu kebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

STADIUM Gelora Bung Karno, Jakarta bukanlah kubu yang terlalu sukar untuk dirobohkan ketika skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara akan turun menentang Indonesia pada perlawanan terakhir Kumpulan A Piala Asean B-23, malam ini.

Sejarah lampau pernah menyaksikan Malaysia mampu menewaskan Sang Garuda di depan penyokong mereka sendiri ketika skuad kendalian Nafuzi Zain sekarang tiada pilihan kecuali menang untuk layak ke pusingan separuh akhir pada penyertaan kali ini.

“Walaupun bukan mudah, tetapi tidak ada yang mustahil dan sebagai bekas pemain, saya yakin pemain kita ada kualiti untuk menyaingi Indonesia. Jika kita mampu kawal tempo permainan dan kurangkan tekanan, saya percaya kita mampu melakukannya.

“Tidak perlu rasa takut sebab saya sendiri pernah alami perkara yang lebih mencabar tetapi Alhamdulillah kita mampu dapatkan keputusan baik. Saya percaya mental pemain kita berada dalam keadaan bagus dan kita kena yakin dengan kemampuan sendiri.

“Ketika saya bermain, semua tahu tanggungjawab masing-masing dan semua bekerja keras. Jadi sekarang kita kena pekakkan telinga dan fokus kepada perlawanan saja,” kata bekas pemain kebangsaan, Mahalli Jasuli.

Perhitungan Malaysia dan Indonesia sering mendapat perhatian luas di mana penyokong skuad Garuda cukup fanatik hingga terciptanya sejarah lampau yang menyaksikan pemain negara terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda.

“Walaupun mungkin tipis, tetapi peluang masih ada. Soal penyokong Indonesia yang begitu fanatik adalah perkara norma,l namun yang penting kita kena kawal permainan, kekal tenang, jangan ikut emosi dan ada rasa takut,” kata seorang lagi bekas pemain kebangsaan, S. Subramaniam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI