fbpx

Pelajar diikat kaki tangan, ditutup mulut dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar perempuan tingkatan satu ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki diikat menggunakan tali leher serta mulut ditutup dengan sapu tangan dalam tandas sebuah sekolah menengah di sini, Isnin lalu.

Mangsa dikatakan dicederakan serta diperlakukan sedemikian oleh dua rakannya yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pencapaian cemerlang pelajar itu dalam akademik.

Pelajar perempuan terbabit kini dirawat di sebuah hospital kerana mengalami kecederaan ringan pada tangan dan kaki, selain trauma akibat kejadian tersebut.

Difahamkan, insiden itu terbongkar selepas ibu mangsa yang menunggu di luar sekolah mendapati anaknya tidak muncul seperti biasa selepas tamat sesi persekolahan pada pukul 6.30 petang.

Kehilangannya menimbulkan kebimbangan sebelum ibu mangsa memaklumkan kepada seorang dan kedua-dua mereka serta seorang pengawal keselamatan seterusnya melakukan pencarian di sekitar kawasan sekolah sebelum menemui pelajar itu di tandas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, susulan laporan tersebut, pihaknya menahan dua pelajar perempuan yang juga rakan sekolah mangsa pada keesokan harinya.

“Kedua-dua suspek yang berusia 13 tahun mengaku melakukan perbuatan tersebut kerana cemburu dengan pencapaian akademik mangsa yang sering cemerlang dan suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323/324 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI