fbpx

EPL: Man. United miliki peluang ikat Sesko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SESKO dilihat berpotensi besar untuk berhijrah ke Old Trafford apabila United bakal memulakan proses rundingan. - AFP

MANCHESTER – Manchester United meneruskan impian mereka untuk memburu seorang penyerang pada jendela perpindahan kali ini apabila menjadikan Benjamin Sesko sebagai sasaran baharu.

Pengendali United, Ruben Amorim mengakui pasukannya terdesak untuk mendapatkan seorang pemain di posisi No. 9 ekoran masalah ketumpulan jentera serangan sepanjang musim lalu apabila sekadar meledak 44 gol keseluruhan untuk saingan domestik.

Sumber memberitahu, United masih kekal berhubung dengan wakil Sesko ketika kelab itu mula memantau perkembangan pemain antarabangsa Slovenia itu sejak dia menyertai RB Leipzig pada 2022.

Biarpun Sesko sebelum ini menolak peluang ke Old Trafford, ejennya dikatakan sudah beberapa kali melawat pusat latihan United di Carrington dan rundingan mungkin akan dimulakan dalam tempoh terdekat.

Ketika ini, United dilaporkan sudah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan urusan perpindahan Bryan Mbeumo sebelum mereka mengalihkan fokus untuk rundingan bagi mendapatkan Sesko.

Sesko yang memiliki ketinggian lebih 190 sentimeter digelar sebagai ‘The Beast’ kerana memiliki fizikal yang kuat serta penyudah yang cukup klinikal sehingga berjaya meledak 39 gol dalam 87 penampilan bersama Leipzig.

Kelebihan yang dimiliki oleh United ketika ini adalah berdasarkan hubungan baik ketua pencari bakat, Christopher Vivell yang sebelum ini merupakan bekas pengarah teknikal di kelab dari Jerman itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI