fbpx

Dua budak lelaki lemas terjatuh parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kanak-kanak ditemukan lemas dalam parit di Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di sini, petang tadi.

SHAH ALAM – Dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 12 dan sembilan tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.19 petang.

“Dua kanak-kanak itu berjaya ditemukan dan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

“Mereka bagaimanapun kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya malam ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, operasi tamatkan sepenuhnya pukul 8.08 malam dan mayat dua mangsa itu diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI