fbpx

Catriona gagal lipat baju, ramai ‘relate’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONTEN gagal lipat Catriona Ross dipersetujui ramai wanita yang mengakui berdepan situasi serupa.

MUNGKIN situasi yang ramai wanita lalui iaitu aktiviti melipat baju gagal dilakukan disebabkan leka menonton drama atau filem di televisyen!

Itu konten lucu dikongsi Catriona Ross baru-baru ini sekali gus dibanjiri komen netizen yang mengakui mereka juga sama.

Dalam video tersebut, Catriona memaparkan hasrat untuk melipat dua bakul baju gagal kerana lebih fokus menonton drama.

Bukan itu sahaja, dia juga mencuit hati ramai apabila seronok melayan filem lakonan Shah Rukh Khan sehingga mengetepikan timbunan baju yang tidak berlipat.

Rata-rata netizen mengakui mereka juga melalui situasi serupa bahkan terhibur dengan konten tersebut.

“Lepas Ummi Nazeera ‘rosak’, kita dihiburkan dengan Catriona pula! Tapi tak lipat baju sebab drama itu betul!

“Samalah kita, baju sebakul boleh jadi lima jam untuk dihabiskan, parah!” komen netizen.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI