fbpx

Proton X50 baharu raih 5,000 tempahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan De Fam bakal membuat persembahan pada majlis pelancaran Khamis ini.

PETALING JAYA – Versi terkini kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B nombor satu di Malaysia, Proton X50 serba baharu dilihat berjaya menarik minat pembeli kereta di negara ini pada siri jelajah pra-pelancarannya di lokasi utama seluruh negara.

Hasilnya, sebanyak 5,000 tempahan telah diterima hanya dalam tempoh 10 hari selepas proses tempahan dibuka pada 5 Julai lalu.

Ini bermaksud satu tempahan diterima setiap tiga minit, sekali gus mewakili 50 peratus daripada tawaran awal yang merangkumi rebat tunai RM1,000, kad Touch N Go edisi khas dan tawaran eksklusif GEMPAK! kepada 10,000 pelanggan pertama, yang bakal diumumkan pada majlis pelancaran rasmi.

Harga penuh akan diumumkan ketika pelancarannya yang dijadualkan berlangsung pada malam 24 Julai ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Zhang Qiang berkata, respon luar biasa untuk Proton X50 serba baharu jelas menunjukkan betapa model itu sangat digemari rakyat Malaysia.

“Kami berbesar hati menerima 5,000 tempahan dalam hanya 10 hari, dan untuk meneruskan momentum menjelang minggu akhir sebelum pelancaran, kami akan mula menawarkan sesi pandu uji di semua cawangan kami bermula 19 Julai agar pelanggan dapat merasai pengalaman sebenar di jalan raya.

“Pasukan pengeluaran Proton di Tanjong Malim juga telah berusaha keras membina stok agar penyerahan kereta kepada pelanggan dapat dilakukan sebaik sahaja pelancaran.

“Sasaran kami adalah sekurang-kurangnya 5,000 unit sedia untuk pendaftaran menjelang akhir Ogos bagi memendekkan tempoh menunggu pelanggan selepas membuat tempahan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI