fbpx

Lelaki maut dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa meninggal dunia akibat dihempap pokok tumbang di jalan Kampung Penat, Mukah.

MUKAH – Seorang lelaki warga Pakistan meninggal dunia selepas dihempap pokok tumbang, ketika menunggang motosikal di jalan Kampung Penat di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 9.04 malam itu, mangsa Muhammad Ishaq, 43, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah yang tiba di lokasi kejadian bertindak memotong pokok berkenaan dan mengalihkan mangsa ke tempat yang selamat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi ditamatkan setelah selesai memotong dan membersihkan dahan pokok tumbang berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI