fbpx

Bayi maut di taska: Pengasuh berusia 26 tahun ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Seorang pengasuh wanita ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi lelaki berusia enam bulan di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Padang Temu, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, wanita berusia 26 tahun dan masih bujang itu ditahan pada pukul 12.10 tengah hari di hadapan taska berkenaan.

“Pasukan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) telah menahan pengasuh wanita itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Permohanan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Melaka di Ayer Keroh,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang bayi lelaki meninggal dunia di sebuah taska di Padang Temu, di sini dipercayai akibat lemas selepas mangsa yang dibedung ditemui tertiarap di atas tilam, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, bayi berkenaan didakwa telah dikejarkan ke Klinik Utama Ujong Pasir oleh pihak pengasuh, namun disahkan meninggal dunia selepas dirujuk ke Hospital Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI