fbpx

Jualan sasaran Amanilife cecah RM6 juta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leo Adi Putra (kanan) bersama Minarwan (kiri) menunjukkan dokumen pemeteraian perjanjian pelantikan duta rasmi Amanlife di Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Amanilife pengeluar produk gel sapuan halal tempatan, Gel Amani mengunjurkan jualan pada tahun ini mencecah kepada RM6 juta pada tahun ini berbanding RM2 juta pada tahun sebelumnya.

Pengarah Eksekutifnya, Leo Adi Putra berkata, peningkatan ketara pertumbuhan jualan tersebut bakal disumbangkan daripada aktiviti promosi yang aktif dirancang syarikat untuk memperkenalkan semula produk di pasaran, setelah dilancarkan pada tahun 2014.

Menurut beliau, ia turut disokong oleh inisiatif pengiklanan di semua platform media sosial dan cetak selain dibantu dengan perancangan syarikat menggunakan rangkaian pemborongan oleh syarikat utama kemudian diedarkan kepada ejen-ejen lain di seluruh negara.

“Kami berkeyakinan untuk mencapai nilai jualan tersebut kerana pada fasa awal pengenalan produk Gel Amani, kami berjaya merekodkan jualan kira-kira RM8 juta pada tahun 2015,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar memperkenalkan duta rasmi Amanilife iaitu Datuk Minarwan Nawawi di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Mirnawan bekas Kapten Pasukan Hoki Kebangsaan yang dikenali sebagai The Boss Hoki Malaysia telah menggunakan Gel Amani sejak 10 tahun dan menjadi pelanggan setia syarikat hingga kini.

Leo menjelaskan, kelebihan produk yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan telah mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak tahun 2021 sekali gus meningkatkan keyakinan pelanggan untuk memanfaatkan produk ber­kenaan tanpa sebarang keraguan.

Gel Amani pernah mengalami penyusutan jualan ekoran isu pendaftaran produk syarikat bersama Kementerian Kesihatan kemudian berjaya diselesaikan tidak lama selepas itu.

Bagaimanapun tempoh tersebut telah menyebabkan penjualan produk menyusut sementara waktu dan kini adalah masa terbaik syarikat untuk menonjolkan semula Gel Amani di pasaran agar terus mencatat prestasi jualan yang menggalakkan selain meningkatkan popularitinya.

Lebih menarik, melalui usaha syarikat tersebut, produk yang dijual pada harga RM37 bagi 60 mililiter itu kini turut dipasarkan di Singapura.

Mengulas mengenai pelan pengembangan masa depan, Leo memaklumkan, syarikat mahu menembusi rangkaian jualan di pasaran runcit seperti di farmasi dan serbaneka selain mahu me­lancarkan produk terbaharunya pada awal tahun depan. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI