SEOUL – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala lebih 1,000 lagi dipindahkan hari ini selepas Korea Selatan dilanda hujan lebat, kata pegawai.
Sebuah wilayah dilanda hujan paling lebat dalam tempoh sejam sejak rekod penuh dikumpulkan di negara tersebut.
Menurut data cuaca rasmi, tiga kawasan di wilayah Chungcheong Selatan pada minggu ini menyaksikan hujan paling lebat direkodkan pada setiap jam.
Menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan, tiga orang terbunuh di wilayah tersebut.
“Sehingga pukul 4 petang (waktu tempatan), sekurang-kurangnya tiga orang maut hari ini akibat hujan lebat,” kata seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan kepada AFP.
Beliau turut berkata, lebih 1,000 orang lagi telah dipindahkan.
Kawasan Seosan barat dilanda hujan lebat dengan taburan 114.9 milimeter sejam, kadar yang biasanya dilihat hanya sekali dalam tempoh 100 tahun, kata seorang pegawai agensi cuaca kepada AFP.
Beliau memberitahu, ia adalah kadar tertinggi sejak rekod penuh dikumpulkan bermula pada 1904. – AFP