fbpx

Agong terima menghadap Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim ketika menerima menghadap Azmi selaku Datuk Pengelola Bijaya Negara baharu di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara yang baharu, Tan Sri Azmi Rohani di Istana Negara, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Azmi dilantik memegang jawatan tersebut secara rasmi berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Sebelum ini, beliau merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor sejak 1 Januari 2017 dan mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan negeri serta hal ehwal diraja.

Jawatan Datuk Pengelola Bijaya Diraja merupakan antara posisi tertinggi dalam struktur pentadbiran Istana Negara.

Ia bertanggungjawab menyelaras urusan istiadat dan hal ehwal rasmi Yang di-Pertuan Agong serta menguruskan hal pentadbiran dalaman Istana Negara.

Azmi, 59, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan (Ekonomi dan Pengurusan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dan Ijazah Doktor Falsafah (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI