fbpx

Al-Nassr sedia hampakan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODRYGO menjadi buruan Arsenal, namun Al-Nassr sedia menyertai saingan mendapatkan khidmat pemain Real itu. - AFP

RIYADH – Bintang sensasi, Cristiano Ronaldo dilaporkan mahu kelabnya, Al-Nassr ‘memintas’ Arsenal dalam usaha mendapatkan pemain sayap Real Madrid, Rodrygo Goes pada jendela perpindahan musim panas ini.

Ronaldo telah pun melanjutkan kontraknya bersama Al-Nassr sehingga selepas Piala Dunia FIFA 2026 dan mahu kelab itu membawa masuk bintang ternama yang mampu mengubah nasib pasukan di musim baharu.

Sebelum ini, Al-Nassr dikaitkan dengan penyerang Liverpool, Luis Diaz dan kini turut menyasarkan pemain Arsenal, Gabriel Martinelli sebagai antara nama besar untuk dibawa masuk bagi menghadapi saingan musim 2025/2026.

Menurut laporan, Al-Nassr telah mengemukakan tawaran sebanyak €85 juta (RM431 juta) kepada Arsenal bagi mendapatkan Martinelli yang secara tidak langsung boleh membuka laluan buat Arsenal untuk memburu Rodrygo yang dilaporkan bernilai sekitar £70 juta (RM405 juta).

Bagaimanapun, laporan mendedahkan bahawa Ronaldo sebenarnya lebih cenderung untuk mendapatkan Rodrygo kerana percaya pemain Brazil itu lebih cergas dan mampu memberi impak segera di barisan serangan Al-Nassr musim hadapan.

Ketika ini, Rodrygo sedang bergelut untuk kekal dalam perancangan pengendali baharu Madrid, Xabi Alonso, selepas memainkan peranan terhad di Piala Dunia Kelab.

Ekoran peluang bermain yang terhad bersama Real yang memiliki ramai nama besar, pemain berusia 24 tahun itu dijangka membuat keputusan besar dalam masa terdekat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI