fbpx

Penyewa dari neraka, melayang RM60,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan keadaan di dalam rumah sewa terbabit.

PETALING JAYA – Nasib malang menimpa seorang pemilik kediaman apabila premisnya dijadikan tempat ‘melombong’ mata wang digital atau bitcoin oleh penyewa.

Lebih mendukacitakan apabila dia turut dikenakan saman sebanyak RM60,000 oleh pihak pembekal ulititi kerana kediamannya itu disyaki mencuri elektrik.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di laman Facebook, Berita Isu Semasa Terkini, kelihatan rumah sewa tersebut berselerakan dengan wayar elektrik selain terdapat alat yang dipercayai digunakan untuk melombong bitcoin.

“Tuan rumah kerugian RM60k, akibat penyewa lombong bitcoin,” tulis perkongsian itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi rumah sewa berkenaan dan tarikh sebenar klip video yang dikongsi di laman Facebook terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersimpati dengan nasib malang yang menimpa tuan rumah tersebut dan ada juga yang turut berkongsi kisah sama.

“Ada kes di Ipoh owner (pemilik) kena saman sampai RM1.4 juta sebab penyewa buat mining (lombong) bitcoin curi electrik. Ada lagi kes di Kepong, shop lot (lot kedai) kosong, orang lain masuk curi elektrik dari tiang Tnb buat mining (lombong), buta-buta owner kena saman,” kongsi Adrian Ddy.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Rahman Abdul Razak.

“Pemilik kena la tengok penyewa dia buat apa kat rumah, jangan main fikir kutip sewa je,” nasihatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI