PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, susulan jangkaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di lapan negeri sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka berlaku di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Cuaca buruk itu dilaporkan melanda Kedah Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling).
“Di Perak melibatkan daerah Hulu Perak. Manakala di Terengganu adalah di Besut dan Dungun.
“Hujan lebat turut melanda Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Temerloh dan Bera),” kata MetMalaysia.
“Selain itu, di negeri Sarawak, keadaan sama tertumpu sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala, di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Nabawan),” ujarnya -KOSMO! ONLINE