fbpx

Pelajar ‘kantoi’ guna AI jawab soalan peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar ditangkap menipu dengan menggunakan AI untuk menjawab peperiksaan. - Polis Vietnam

HANOI – Dua pelajar di Vietnam disiasat selepas didapati menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI) untuk mendapatkan jawapan bagi peperiksaan tamat pengajian sekolah menengah, lapor laman berita VNExpress semalam.

Polis Hanoi semalam mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas kedua-dua pelajar lelaki itu atas dakwaan ‘mendedahkan maklumat sulit tanpa sengaja’ ketika peperiksaan berlangsung pada 26 dan 27 Jun lalu.

Siasatan awal mendapati, salah seorang daripada mereka menyeludup masuk telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan lalu merakam gambar kertas soalan Matematik.

Imej berkenaan kemudian dimuat naik ke aplikasi StudyX untuk mendapatkan bantuan AI. 

Pelajar tersebut hanya sempat menyalin dua jawapan sebelum tindakannya dikesan.

Pada keesokan harinya, dia mengulangi perbuatan sama ketika peperiksaan Kimia dan Fizik, namun masih menjadi tanda tanya berhubung mengapa tiada tindakan tegas diambil oleh pengawas selepas insiden pertama dikesan.

Siasatan polis turut mendapati bahawa seorang lagi pelajar lelaki menggunakan telefon bimbit untuk menipu dan merakam gambar kertas soalan Matematik, Sejarah serta Bahasa Inggeris sebelum memuat naiknya ke aplikasi AI Gemini bagi mendapatkan jawapan.

Pengawal mengesan penipuan itu dan membuat aduan, menyebabkan dua pelajar tersebut digantung daripada peperiksaan.

Peperiksaan itu menentukan kelayakan masuk universiti melalui gabungan markah dan mata bonus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI