fbpx

Rakyat Singapura disaman RM300, tak aktif RFID dalam VEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi yang dijalankan JPJ di laluan keluar CIQ Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, malam tadi. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang rakyat Singapura disaman RM300 kerana tidak mengaktifkan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sempena penguatkuasaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tengah malam tadi.

Mohd. Zulhadis Zulkifli, 38, mendakwa dia telah mendaftar VEP dalam telefon mudah alih, namun tidak mengaktifkan sambungan RFID dengan sistem VEP.

“Saya sudah daftar VEP sejak pertengahan Mac lalu, kemudian saya tunggu maklum balas apa langkah perlu dibuat seterusnya. Saya tidak tahu perlu aktifkan jadi saya akur menerima saman ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada operasi VEP di laluan keluar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini.

Sehubungan itu, Mohd. Zulhadis yang menetap di Clementi turut menasihatkan rakyat Singapura yang mahu memandu kenderaan persendirian memasuki Malaysia agar mematuhi undang-undang tempatan.

Seorang lagi warga Singapura yang turut disaman dan hanya mahu dikenali sebagai Yeo, 34, pula memberitahu, dia telah menerima maklumat salah daripada pihak majikannya.

“Kenderaan yang saya guna ini adalah kenderaan syarikat. Sebelum ini pihak majikan beritahu hanya kenderaan milik peribadi sahaja yang perlu daftar VEP, tetapi sebenarnya kenderaan syarikat juga perlu berdaftar,” ujarnya.

Sementara itu, Adi Sharif, 27, pula memberitahu, dia telah mendaftar dan mengaktifkan tag RFID kenderaan miliknya pada Februari lalu.

“Saya tahu kerajaan Malaysia akan laksanakan penguatkuasaan ini dan saya memang kerap berulang-alik antara Malaysia dan Singapura. Jadi adalah lebih baik agar saya daftar dan aktifkan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI