DUBAI – Direktorat Peronda Lalu Lintas dan Kawalan Keselamatan Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menggesa pemandu agar tidak menghentikan kenderaan mereka di tepi lebuh raya berdekatan tol tanpa palang, lapor laman berita Gulf News hari ini.
Gesaan itu dibuat selepas beberapa buah kenderaan dikesan oleh kamera pengawasan berhenti di tepi lebuh raya dekat tol elektronik Darb.
Pihak berkuasa sedia maklum mengenai tindakan sebilangan pemandu yang dengan sengaja menghentikan kenderaan mereka di tepi lebuh raya, beberapa minit sebelum bermulanya waktu bebas tol.
Perbuatan itu amat membahayakan pengguna-pengguna lebuh raya lain dan mengganggu aliran trafik.
Dalam satu rakaman video yang dikongsikan, beberapa pemandu ditahan kerana memberhentikan kenderaan mereka sebelum melintasi tol.
Sistem tol percuma Darb beroperasi pada waktu puncak iaitu dari 7 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 malam (waktu tempatan) termasuk pada keseluruhan hari Ahad serta kelepasan am. – AGENSI