fbpx

Undang-undang AI dijangka dibentang tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wilson melawat reruai pada majlis Gawai Kitai Ngiling Bidai 2025 di Setia Alam, hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Kementerian Digital yakin Undang-Undang berkaitan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dijangka dibentangkan ke Parlimen tahun ini dalam memerangi jenayah berkaitan AI.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, penelitian mengenai undang-undang tersebut sedang dibuat Agensi Keselamatan Siber Negara (Nasca).

Katanya, pihaknya yakin Rang Undang-Undang tersebut
mendapat sokongan seperti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) yang telah digazetkan pada April lalu.

“Saya rasa mungkin undang-undang AI akan diangkat (dibentangkan) pada tahun ini supaya memperketatkan lagi
(penguatkuasan) dan menghukum siapa yang salah guna teknologi ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Gawai Kitai Ngiling Bidai 2025 di Setia Alam, lewat petang ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penyalahgunaan teknologi AI termasuk terharap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar.

Wilson turut memaklumkan beliau sendiri pernah berdepan situasi hampir ditipu apabila scammer menggunakan nama dan gambar rakannya bagi meminta bantuan.

Beliau difahamkan kerugian seluruh dunia akibat scammer adalah mencecah RM5bilion antara tahun 2020 hingga 2024.

“Kadang-kadang ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang dengan kemajuan teknologi termasuk AI untuk menipu.

“Kita telah mempertingkatkan program kesedaran menerusi Jelajah Malaysia Digital (JMD) untuk mendidik terutama masyarakat di luar bandar dan pesara agar tidak menjadi mangsa scammer,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI