fbpx
SHAHRIN menunjukan aplikasi e-TAIB ketika ditemui di Tanah Suci Mekah, baru-baru ini.

AI lancarkan lagi ibadah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEKAH – Buat julung kali, teknologi kecerdasan buatan (AI) diperkenalkan dalam sistem bimbingan Tabung Haji (TH) bagi membantu jemaah Malaysia melaksanakan ibadah dengan sempurna.

Pengarah Operasi Bimbingan Haji TH berkata, Shahrin Awaluddin berkata, jemaah yang mempunyai sebarang kemusykilan ibadah haji boleh melayari platform e-TAIB Live Chat menerusi aplikasi WhatsApp pada bila-bila masa.

Katanya, e-TAIB menggunakan pendekatan AI itu yang bertujuan membimbing jemaah menunaikan ibadah dengan sempurna berasaskan keputusan dan panduan Muzakarah Haji.
“Menerusi sistem e-TAIB, AI akan menjawab pertanyaan jemaah terlebih dahulu berdasarkan bahan rujukan rasmi TH yang telah disahkan pakar rujuk haji.

“Jika sistem AI tidak dapat memberikan jawapan tepat atau memerlukan penjelasan lanjut, petugas PIHTAS (Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci) yang mengendalikan e-TAIB akan mengambil alih dan menjawab terus persoalan jemaah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Shahrin berkata, antara persoalan yang sering ditanya jemaah ialah berkaitan dam, larangan ihram seperti rambut gugur, penggunaan wangian serta fiqh wanita.

“Sebahagian besar jemaah sebenarnya sudah memahami hukum asas, namun mereka mahu mendapatkan pengesahan segera. Sistem ini memudahkan mereka bertanya secara langsung tanpa perlu menunggu lama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN