fbpx
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer (KM) 295.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Gopeng pada pukul 4.29 petang tadi. - FOTO IHSAN JBPM PERAK

Lelaki maut, tertusuk besi penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOPENG – Seorang lelaki meninggal dunia ekoran tertusuk besi penghadang jalan dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dan sebuah Perodua Myvi di Kilometer (KM) 295.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Gopeng pada pukul 4.29 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa Mohd. Iqhbal Afiq Abd. Ghafar meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan kerana cedera parah.

“Bomba melaksanakan operasi khas dan melaksanakan konsep SAVER untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Seorang lagi mangsa di dalam Perodua Axia cedera ringan.

“Sementara itu, pemandu Perodua Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.46 dengan keanggotaan seramai 12 orang,” katanya di Gopeng hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN