fbpx

Mayat wanita terapung di Sungai Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN polis dan bomba mengangkat mayat wanita yang ditemui mati lemas di Sungai Muar berhampiran Dataran Tanjung Emas, Muar semalam.

MUAR – Mayat seorang wanita ditemui terapung dipercayai lemas di Sungai Muar berhampiran Dataran Tanjung Emas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihak polis menerima satu aduan dari orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.20 tengah hari.

“Sepasukan polis dihantar ke lokasi untuk melakukan siasatan dan mendapati terdapat mayat wanita berusia lingkungan 52 tahun dipercayai lemas dan terapung di tempat kejadian.

“Pemerhatian awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui. Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah, (HPSF) Muar untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, polis kemudiannya menerima laporan berhubung tentang kehilangan ahli keluarga.

Jelasnya, pengadu telah dibawa ke HPSF untuk menjalankan proses pengecaman terhadap mayat mangsa yang dijumpai dan telah disahkan oleh pihak keluarga sepertimana aduan dilaporkan.

Ujar beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Pihak polis meminta agar sekiranya terdapat saksi lain yang melihat kejadian untuk menghubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di talian 06-9564800 atau menghubungi ASP Suhaimi Ahmad di talian 013-3975290 serta tampil ke ibu pejabat polis daerah bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI