fbpx

Lelaki warga emas maut nahas kereta, lori di JRTB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mangsa kemalangan maut di Kilometer 58, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik hari ini. - Foto IHSAN JBPM

GERIK – Seorang lelaki warga emas maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat nahas dengan sebuah lori di Kilometer 58, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Shafie Ishak, 70, manakala pemandu kereta Proton Persona, Muhamad Firdaus Shafie, 36, dan penumpang belakang, Nur Safirah Muhamad, 33, cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan melibatkan kereta dan sebuah lori 10 tan itu pada pukul 1.02 petang.

Tiga mangsa dalam kenderaan dengan seorang lelaki warga emas mengalami kecederaan serius di bahagian kaki. Operasi segera dijalankan dengan mengeluarkan mangsa warga emas yang tersepit. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Dua mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum mangsa wanita dihantar ke Hospital Gerik untuk pemeriksaan lanjut kerana mengadu sakit dada,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI