fbpx

EPL: Konate tolak kontrak baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONATE hanya memiliki baki kontrak setahun dan menolak tawaran kontrak baharu oleh Liverpool. - AFP

LIVERPOOL – Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool berpotensi kehilangan khidmat pertahanan kental, Ibrahima Konate secara percuma selepas pemain Perancis itu menolak kontrak baharu yang ditawarkan.

Baru sahaja beberapa minggu mereka terpaksa melepaskan Trent Alexander-Arnold secara percuma kepada Real Madrid, pengurusan The Reds sekali lagi berdepan isu sama melibatkan Konate.

Memandangkan kontrak pemain berusia 26 tahun itu hanya berbaki setahun lagi, Liverpool tidak rela lagi kehilangan pemain secara percuma dan mereka sudah pun menawarkan kontrak jangka panjang kepada Konate.

Bagaimanapun, kem Konate tidak bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan, sekali gus menyebabkan mereka turut menangguhkan rundingan sehingga meletakkan Liverpool berada dalam dilema.

Difahamkan, pemain berkenaan berharap ditawarkan gaji lebih tinggi sebagai cerminan kepada statusnya sebagai tonggak utama, namun Liverpool hanya menawarkan gaji yang berpandukan prestasi terkini.

Rundingan kontrak antara kedua-dua belah pihak sepatutnya dilakukan pada musim lalu, namun ketika itu Liverpool menjadikan rundingan bersama Mohamed Salah, Virgil van Dijk dan Alexander-Arnold sebagai keutamaan.

Sekiranya rundingan kontrak antara Liverpool dan Konate gagal, ia mungkin akan menyaksikan pemain itu menyertai Alexander-Arnold di Real selepas gergasi La Liga berkenaan sudah beberapa kali menyatakan minat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI