fbpx

[VIDEO] ‘Kotak bumbung terbang, nyaris hempap kereta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan sebuah kotak bumbung kereta tercabut dan terbang ke arah bertentangan di Lebuh Raya Senai-Desaru, Johor.

PETALING JAYA – Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila sebuah kotak bumbung kereta (roof box) yang tercabut terbang ke arah kenderaannya dalam kejadian dipercayai berlaku di Lebuh Raya Senai-Desaru, Johor baru-baru ini.

Kejadian tersebut tular selepas satu rakaman ‘dashcam’ (papan pemuka) dikongsi di TikTok, menunjukkan kotak bumbung itu melayang di udara dan hampir menghempap sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan kebimbangan terhadap insiden berkenaan yang disifatkan boleh membawa maut.

“Dah tahu pakai benda itu, bawa laju-laju kenapa. Nasib baik tak kena orang,” kata Mizi.

“Yang pasang benda ni, setiap hari tolonglah periksa sama ada ketat atau longgar demi keselamatan semua,” pesan Diana.

“Nasib sempat elak, nampak waktu siang kalau malam tu, tak tahu nak cakap apa,” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

@utusantvofficial 24 JUN 25: Kejadian dilapor berlaku di Lebuhraya Senai-Desaru, beberapa hari lalu. Video Tular: DM Kredit. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #roofbox #kotakbumbung ♬ original sound – UtusanTV

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI