fbpx

Isteri Premier Sarawak meninggal dunia awal pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Juma'ani meninggal dunia pukul 3.34 pagi tadi.

PETALING JAYA – Isteri kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang, 76, kembali ke rahmatullah pukul 3.34 pagi tadi di Pusat Perubatan Normah, Kuching.

Dalam pada itu, majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek, Petra Jaya, Kuching bermula pukul 10 pagi ini hingga 12 tengah hari.

Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI