fbpx

Guru wanita ditahan kes rotan budak 5 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan lebam pada tangan seorang pelajar sebuah pusat pendidikan prasekolah dekat Sungai Petani, Khamis lalu.

SUNGAI PETANI – Seorang guru wanita di sebuah pusat pendidikan prasekolah, dekat sini ditahan dan dijangka direman esok bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dipercayai dirotan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi tadi selepas polis menerima laporan daripada waris salah seorang mangsa.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku di pusat asuhan terbabit ketika sesi latihan bola jaring dan dua mangsa mengalami kesan lebam serta birat seperti dirotan pada kaki dan tangan.

“Polis menerima laporan daripada keluarga mangsa yang menyedari kecederaan selepas kanak-kanak mengadu sakit. Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan hanya kerana dikatakan tidak bersungguh ketika latihan bola jaring, dua murid sebuah pusat pendidikan prasekolah, dekat sini didakwa dirotan seorang guru sehingga lebam, Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI