fbpx

Mangsa langgar lari cari bukti dashcam, mangsa kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga mangsa meminta bantuan orang ramai kesan pelaku kejadian kemalangan di Jalan Cheras baru-baru ini.

PETALING JAYA – Keluarga seorang penunggang motosikal yang parah akibat kemalangan langgar lari di Jalan Cheras sedang mencari saksi dan rakaman rakaman kamera papan pemuka (dashcam) bagi mengesan pelaku.

Menurut keluarga mangsa, kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 1.50 pagi pada Ahad lalu.

Katanya, mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM.

“Assalamualaikum. Mohon bantuan untuk viralkan insiden langgar lari di Jalan Cheras pada 15 Jun (Ahad) pukul 1.50 pagi.

“Adik saya kini kritikal di ICU HUKM. Kami sedang mencari saksi kejadian. Terima kasih atas bantuan dan keprihatinan,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Jelasnya, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan boleh menghubungi talian 019-6199533.

“Mohon jasa baik anda untuk bantu kami cari saksi. Terima kasih,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI