fbpx

Remaja 17 tahun bunuh ibu, abang mungkin ada masalah mental – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam kepada remaja berusia 17 tahun yang didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini memaklumkan bahawa anak guamnya itu berkemungkinan mempunyai masalah berkaitan mental.

MELAKA – Peguam kepada remaja berusia 17 tahun yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini memaklumkan bahawa anak guamnya itu berkemungkinan mempunyai masalah berkaitan mental.

Peguam Cassian Anthony ketika ditemui pemberita di luar kamar mahkamah berkata, perkara itu telah dimaklumkan oleh kenalan tertuduh dan permohonan pemeriksaan mental akan dibuat sekiranya diperlukan.

“Kami telah dimaklumkan oleh kenalan tertuduh bahawa remaja itu mempunyai masalah berkaitan mental, namun pihak peguam belum mempunyai laporan sebarang rawatan dijalaninya kerana maklumat baru sahaja diperolehi hari ini.

“Kami akan melihat perkara ini, permohonan agar tertuduh menjalani pemeriksaan dan penilaian mental bergantung kepada maklumat yang kami dapat,” katanya.

Tambahnya, ketika prosiding berlangsung remaja tersebut dilihat berada dalam keadaan sugul, namun memahami setiap pertuduhan yang dihadapkan ke atasnya.

Mengulas lanjut mengenai kehadiran waris, beliau berkata tiada mana-mana ahli keluarga tertuduh yang hadir sepanjang prosiding tersebut.

“Kami telah dilantik oleh keluarganya dan mereka juga telah dimaklumkan mengenai pertuduhan hari ini namun tidak dapat hadir,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI